Saturday 27 August 2011

MENANTI UNTUK MERAYAKAN RAMADHAN

Sungguh cepat masa berlalu.  Hanya dua hari saja lagi untuk kita mencuba mendapat sebarapa banyak barakah Ramadhan yang boleh.  Sudah terasa kehilangan, kerana tak semua yang ingin dilakukan tidak terlaksana.

Oleh kerana desakan sosial kita lebih banyak merancang untuk sambutan Hari Raya.  Padahal sepatutnya semua bergantung di atas sejauh mana kita dapat kejayaan di bulan Ramadhan.

Itulah manusia!  Kita lebih tunduk kepada tuntutan dunia!

Monday 1 August 2011

SELAMAT BERPUASA

Kita diberkati untuk dapat bersama-sama dengan Ramadhan sekali lagi.  Alhamdulillah, syukur nikmat.

Semoga kita semua dipanjangkan umur dan juga dirahmati dengan kesihatan yang baik untuk dapat menyemarakkan bulan Ramadhan Al Mubarak ini dengan sebaik mungkin.  Semoga Allah SWT merahmati kita  sepenuh keredhaanNYA. Amin.

SELAMAT MENYEMARAKKAN RAMADHAN